Tugasan Teknologi komputer



Nama : Rohana Binti Mohamed Arasad
kumpulan : EL _ B 14
Pensyarah :Cik Amily Shafila binti Shariff
Program : PJJ (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Khamis, 8 Disember 2011

KEMAHIRAN HIDUP


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Kemahiran hidup tahun lima
TAJUK
   a. perniagaan dan keusahawanan
   b. Ikan Hiasan


A.PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
MERANCANG & MENYEDIAKAN JUALAN
Cara Menghasilkan Barang Jualan
.a) Menghasilkan sendiri barang jualan
 b.)mengubahsuai barang sedia ada.

   Menghasilkan barang sendiri
1. Menternak
  - Menternak haiwan seperti ayam, itik, burung dan arnab
2. Menganyam
  - Menganyam bakul dan tikar
3. Menanam
  - Menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran atau tanaman hiasan
4. Memasak
  - Memasak makanan dan minuman seperti nasi lemak dan roti canai



 
.b) Mengubah suai barang yang sedia ada

 Mengubah suai bermaksud barang tersebut ditambah nilai atau dibuat pengubahsuaian dari segi bentuk, warna, rasa dan kegunaannya
Mengapakah kita mengubah suai barang?
i.  Untuk menarik perhatian pembeli
ii.  Untuk mempelbagaikan kegunaan sesuatu jenis barang
iii.  Memenuhi cita rasa pembeli 
 

cara jualan dibuat
1. berjaja
*Orang yang melakukan aktiviti berjaja dipanggil penjaja
*Penjaja bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menjual barang jualannya
*Antara barang jualan yang dijual secara berjaja ialah aiskrim, roti, ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih

2.bergerai
*Bergerai adalah perniagaan secara membina gerai di tepi jalan atau kawasan untuk berniaga
*Pengusaha gerai menjalankan perniagaan di tempat yang tetap
*Antara barang yang dijual di gerai ialah makanan dan minuman

3.berkedai
*Berkedai adalah perniagaan yang dijalankan di tempat khas
*Barang jualan yang dijual di kedai biasanya terdiri daripada pelbagai jenis barang keperluan seperti makanan, pakaian, perabot dan barangan elektrik

Contoh barang yang boleh dijual
1. makanan
2.minuman
3.alatulis
5. bahan buatan sendiri

contoh aktiviti murid

merancang barang jualan secara kumpulan
MENGHASILKAN BARANG JUALAN
Kamu adalah seorang peniaga. Kamu ingin menjual barang jualan yang dihasilkan sendiri. Lengkapkan tempat kosong di bawah berdasarkan maklumat yang diberi.
Aktiviti
Hasil Aktiviti
1.
i- daging
ii- telur
2. Menganyam
i-
ii-
3.
i- buah-buahan
ii-
4.
i- nasi lemak
ii-

Kamu adalah seorang peniaga. Kamu ingin menjual barang jualan yang diubah suai daripada barangan sedia ada. Terdapat 3 cara kamu boleh menghasilkan barang jualan yang diubah suai. Lengkapkan tempat kosong di bawah berdasarkan maklumat yang diberi.
1.       Barang yang kamu hasilkan sendiri
Pisang :                hasil                      i- __________________________
                                                               ii- __________________________
                                                              iii- __________________________
Daging lembu : hasil                      i- __________________________
                                                              ii- __________________________
                                                              iii- __________________________
2.       Barang yang kamu peroleh daripada pembekal
Roti :                     hasil                      i- __________________________
                                                              ii- __________________________
                                                              iii- __________________________
Tepung :             hasil                      i- __________________________
                                                              ii- __________________________
                                                              iii- __________________________

3.       Barang kitar semula
Roti :                     hasil                      i- __________________________
                                                              ii- __________________________
                                                              iii- __________________________
Tepung :             hasil                      i- __________________________
                                                              ii- __________________________
                                                              iii- __________________________


MERANCANG CARA MENJUAL

Terdapat tiga cara untuk menjual barang jualan. Antaranya ialah :
1.       _____________________
2.       _____________________
3.       _____________________



link ke soalan perniagaan dan keusahawanan

IKAN HIASAN




 B. IKAN HIASAN
 set induksi ( lagu ikan kekek)
Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan   hiasan tropika
2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.
4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
5. mengenal pasti kandungan mutu air.
6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan.
7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.


  MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN 



Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

  MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA.

 
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksessori lain.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM
  
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
• Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
• Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
• Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
• Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.


  Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a. Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b. Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

c. Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium
1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium.
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.


  CARA MENJAGA AKUARIUM
  Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

  Penjagaan harian
• Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
• Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
• Ikan yang mati perlu dibuang.
• Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
• Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

  Penjagaan mingguan
• Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
• Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
• Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
• Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
• Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
• Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
• Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
• Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

  MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).



  MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
• Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
• Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
• Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Gambar ikan sakit
maklumat penyakit ikan

jenis jenis penyakit ikan
a.Penyakit velvet

Penyakit ini merupakan penyakit yang khas pada famili Cichlidae. Namun, paling sering penyakit ini menyerang diskus. Penyebabnya adalah parasit Oodinium pillularum atau Costia necatrix.
Tanda-tanda serangannya antara lain kulit bengkak merah kecokelatan yang kemudian akan mengelupas dan terkadang ada abses atau pembengkakan.


parasit ini tidak tahan terhadap suhu tinggi, di atas 30° C, dan tidak akan hidup bila selama 24 jam tidak bertemu dengan ikan. Oleh karena itu, penularannya dapat dicegah dengan cara tidak mengisi akuarium bekas ikan sakit selama paling sedikit 24 jam. Sementara pengobatan terhadap ikan sakit dengan cara menaikkan suhu air hingga lebih dari 30° C. Cara pengobatan lain ialah dengan memberikan garam dapur sebanyak satu sendok teh untuk setiap 15 liter air atau memberikan acriflavin 1 mg/l air.

b. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

c. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
d. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.



MENGENA L DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
3.1 Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

  Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

  Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan
• Makanan hidup
a. Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.


• Makanan kering
b. Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

• Makanan basah
c. Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam

• Makanan rumusan.
d. Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet Emping


Pembiakan ikan
Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnya menetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas dan sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranak anak melahirkan anak yang telur sempurna sifatnya dapat hidup dengan sendiri.
       Pemberian makanan
Makanan ikan diberi dua kali sehari dengan anggaran yang sesuai ( kadar makanan yang boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 minit ) mengikut saiz dan bilangan ikan . Air hendaklah diganti sekurang-kurangnya 2 minggu sekali .
Ikan perlu diberi rawatan dan perlu diasing sekiranya terdapat tanda-tanda yang luar biasa seperti kecederaan , pergerakan yang lemah . Tumbuhan akuatik yang panjang dan rosak hendakalah dicantas dan dibuang .
Ikan yang telah mati hendaklah dibuang segera agar bakteria atau penyakit berjangkit boleh berjagkit kepada ikan yang lain . Bahagian tangki akuarium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan
Pastikan aksesori di dalam akuarium di dalam keadaan yang baik dan selamat . Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin
Kualiti air hendaklah diukur dengan alat yang sesuai .
Sekian.harap dapat membantu semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan