BAHAGIAN A
Pilih jawapan yang anda fikirkan sesuai
01. Merekod wang jualan adalah bertujuan
A. Untuk mengetahui jumlah jualan.
B. Untuk mengetahui kerugian.
C. Untuk mengetahui keuntungan.
D. Untuk mengetahui kedudukan kewangan.
02. Peniaga dapat meningkatkan hasil jualannya menerusi
A. propaganda
B. hadiah percuma
C. jualan murah
D. promosi
03. Etika Jualan dapat didefinasikan sebagai
A. Nilai moral yang baik dan diamalkan oleh peniaga
B. Cara mendapatkan keuntungan yang banyak
C. Langkah yang diamalkan oleh peniaga bagi mengelakkan kerugian.
D. Membekalkan barangan yang berkualiti tinggi.
04. Pernyataan manakah benar mengenai risiko jualan.
A. Peniaga akan mendapat keuntungan.
B. Barangan jualan kurang bermutu.
C. Kemungkinan peniaga mengalami kerugian.
D. Pelanggan mendapat layanan yang kurang memuaskan.
05. Sebuah poster yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut, kecuali
A. Mesej yang panjang
B. Kreatif pemilihan perkataan dan warna
C. Saiz huruf yang sesuai.
D. Reka bentuk yang menarik.
06. Amalan yang unik tentang etika jualan secara Islam ialah
A. Penjual dapat keuntungan yang banyak.
B. Hanya untuk pembeli Islam sahaja.
C. Tidak mengharapkan keuntungan .
D. Terdapat akad jual beli.
07. Sesuatu perniagaan dianggap mendapat keuntungan apabila
A. Jumlah pendapatan sama dengan jumlah perbelanjaan.
B. Tiada risiko semasa jualan.
C. Perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan.
D. Pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan.
08. Risiko dalam perniagaan tidak dapat dikurangkan dengan langkah-langkah berikut
A. Sentiasa mengutamakann pembeli
B. Meningkatkan harga barangan
C. Mengamalkan sikap dan etika yang baik
D. Mengetahui kehendak pembeli dan pasaran semasa.
09. Tempat-tempat berikut adalah tempat menampal poster kecuali
A. di belakang bas
B. papan iklan di tepi jalan
C. tiang elektrik atau telefon
D. dinding atau papan kenyataan kedai
10. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan punya risiko dalam perniagaan
i. risiko yang berpunca daripada manusia
ii. risiko yang berpunca daripada persekitaran
iii. risiko yang berpunca daripada barang jualan
iv. risiko yang berpunca daripada alam
A. i, iii, dan iv
B. I, ii, dan iii
C. I, ii, dan iv
D. ii, iii, dan iv
BAHAGIAN B :
Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang disediakan
lokasi promosi risiko penindasan undang-undang
etika jualan banjir merekod pendapatan akad
01. Kebarangkalian atau kemungkinan perniagaan yang diusahakan mengalami kerugian dipanggil _____________.
02. Setiap peniaga perlu mengamalkan _________________ bagi menjamin kejayaan dalam perniagaan.
03. Semua maklumat mengenai barangan dapat disampaikan kepada pengguna menerusi _____________.
04. Peniaga perlu ___________ jualan untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaannya.
05. Peniaga memperolehi keuntungan daripada perniagaannya apabila jumlah ____________ melebihi jumlah perbelanjaan.
06. Penampalan poster juga terikat kepada ________________ agar peniaga tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.
07. _________ jual beli adalah amalan jualan secara Islam antara penjual dan pembeli.
08. Pemilihan ___________ perniagaan yang sesuai akan mengurangkan risiko kepada peniaga.
09. ___________ adalah risiko yang berpunca daripada alam.
10. Islam menekankan amalan perniagaan tanpa _______________ kepada pengguna.
BAHAGIAN C :
Padankan pernyataan di ruangan A dengan ruangan B
01. Peniaga perlu mengamalkan nilai moral yang baik dalam Promosi
perniagaan.
02. Setiap peniaga perlu berani menghadapi cabaran dan Merekod
dugaan dalam perniagaannya.
03. Usaha ini perlu dijalankan secara terancang dan berterusan Etika jualan
agar pengguna terus membeli barangan yang dijual.
04. Setiap urusan jualan dan pembelian barangan perlu dicatat- Insurans
kan agar peniaga mengetahui kedudukan kewangan
perniagaannya.
05. Peniaga akan mendapat gantinya daripada syarikat Risiko jualan
kewangan jika berlaku kebakaran.
06. Ah Chong tidak menggunakan modal menjual barangan Pesaing
yang dibekalkan di kedainya.
07. Peniaga harus berani menghadapi peniaga lain yang Poster
menjual barangan yang sama.
08. Encik Ramlan menjelaskan baki bayaran perabot Komisyen
seperti yang telah dijanjikannya tempoh hari.
09. Cik Lim Siew Tin menggunakan promosi yang murah
dan sesuai untuk menghebahkan hari pembukaan Etika Islam
kedai emasnya.
10. Encik Zakari melafazkan akad jual beli setelah membeli
barangan di kedai Encik Zohir. Etika Pembeli
BAHAGIAN D:
Tanda þ pada jawapan yang betul dan ý pada jawapan yang salah
01. Perniagaan Puan Azizah mengalami kerugian apabila jumlah [ ]
pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan.
02. Untung rugi sesuatu perniagaan dapat dilihat berdasarkan
rekod jualan. [ ]
03. Promosi sesuatu barangan akan dapat meningkatkan lagi
kualiti barangan. [ ]
04. Encik Roslan menggunakan belakang bas bagi
mempromosikan perniagaan yang baru dikendalikannya. [ ]
05. Etika jualan secara Islam adalah unik kerana terdapat
amalan akad jual beli. [ ]
06. Sesuatu perniagaan akan bertambah mundur sekiranya
peniaga mengamalkan etika yang baik. [ ]
07. Penjualan air tebu mungkin mengalami risiko yang tinggi
sekiranya hujan turun. [ ]
08. Puan Jamaliah mengambil insuran untuk mengurangkan
risiko dalam perniagaannya. [ ]
09. Mengamalkan etika jualan yang baik akan mengurangkan
risiko jika berlaku bencana alam. [ ]
10. Buku rekod pendapatan dan perbelanjaan tidak dapat
membantu peniaga mengesan aliran wang perniagaannya. [ ]